Oct 23, 2009

Majlis penyampaian hadiah pelajar cemerlang



Guru-guru pengawas Asy-Syams




gambar kenang-kenangan Asy-syams bersama Pengarah Jabatan pengajian Islam dan ahli jawatan kuasa majlis


.Majlis pada hari tersebut turut diserikan dengan persembahan mantap Hadrah yang mana persembahan hadrah tersebut telah dilakukan oleh Kumpulan Hadrah Asy-Syams.
dengan membawakan 2 buah lagu iaitu lagu Assalamualaikum dan neo selawat

Oct 22, 2009

Oct 17, 2009

DEKO bersama asy-syams


Pada 13hb oktober 2009 hari selasa, satu kejutan besar kumpulan asy-syams telah di minta untuk membersihkan salah sebuah kelas di sekolah kami..dan itu adalah arahan dari pihak atasan..
siti mimi fatini selaku ketua asy-syams mengarahkan ahli-ahli Asy-syams untuk pergi kekelas tersebut untuk membersihkan kelas itu.

(bruneian version)
yatah lapas tu kami kana suruh bersihkan that class..malam nya kami pakai kelas tu utk latihan..kami datang pun andang bajurit jua bh~yatah isuknya ada report dari hal ehwal pelajar..den mimi kana panggil..ish3 kesian mimi~
pastu mimi panggil kami utk kempen..

ASY-SYAMS DATANG!! student lam kelas tu terkejut beruk laa knapa kami datang rame2
yatah skalinya kami halau dorang..ukannya halau apa..just utk sanang kami bersihkn nada yg ngacau~ atuyaa sorang2 tunjuk teree ahahaha :D dalam 5 minit kami kempen kelas tu sampai bersih bekilat...kelas yg berantakan tem atu lawa leh kami dalam 5 minit

lantai bersih!! meja tersusun rapi!!
CANTIK!!!

first time tu DEKO BERSAMA ASY-SYAMS

Oct 10, 2009

Dewi & the 15 thieves

Dewi & Mimi lived in faraway Ulu Temburung.They were sisters wif different characters.Mimi was the proud owner of a socks shop n lived in a not very big house wif a garden n servant.Dewi was poor but beautiful and cheerful.During the day she toiled as a singer.She was grateful for the little that she had.Dewi was happy with the simple life she lived.

One day while in the forest Dewi heard noises.It was the sound of many hadrah's knocking.Quickly she hid in the bushes beside a cave.From there she saw many fierce-looking gurls.They were a gang of 15 mean and cruel thieves.Glah the leader,ordered her gurls to wait for her.Alone she approached a nearby cave in the jungle.In a soft voice she said,"40 bungkus dh ku bali miggie,bh buka th kau wahai gua."A large iron door opened slowly & noisily.Dewi was amazed at the existence of the secret door.

At night,dewi heard the door open again and there goes the 15 thieves.She tested the magic words and the door opened.What a beautiful sight she saw!There were gold coins,diamonds,rubies & jewellery.Grabbing a sackful of these valuables she left.She rushed home to tell her sister about her adventure.What a surprise ahead Mimi that day!

Now Mimi was filled wif jealousy and anger.How could her sister be so rich?She non-stoply asked Dewi how'd she get so rich suddenly.Then,Dewi told the whole story to Mimi.Instantly she went to the cave,equipped with the magic words.It was one of the happiest moments of her life.She took away things that valuables for herself & brought it home.Dewi shocked becoz the only thing Mimi brought home was a bunch of hadrah...

"Why u brought dis useless thing home sis??"asked Dewi to Mimi.Mimi just kept quite n smile to her sister.That day Glah n her gurls returned to the cave.They were shocked to find that their precious hadrah were gone.On Glah's instructions,she order her 2 assistant,Sasya & Jem,to find their 15 precious hadrah.So Sasya & Jem were off to town n they found out about the two sisters,Dewi & Mimi.
They suspected that one of the sisters had the 15 precious hadrah.They marked the sisters door with a big cross.Then they returned excitedly to report the matter to Glah.Halimah,Mimi's alert maid noticed the unusual cross.She put crosses on many of the neighbours houses.These crosses confused the thieves for a while.The search also found Dewi's house without difficulty n they decided to surround her humble house.Now Mimi n her maid were staying there.The search promptly reported this to Glah.With the information,Glah decided on a plan of action.
One of her gurls,Gmah,posed as a poor gurl homeless.She asked for Dewi permission on staying at her house for the night.Looking at Gmah,Dewi agreed for her staying there.That night,at 12 o'clock sharp,Glah n her gurls ambused at Dewi's house.Dewi & Mimi were shocked.Glah n her gurls surrounded the two sisters wif knifes.When Glah were trying to kill Mimi,Dewi stop her n try to have a little conversation wif them.Then Glah listen to what Dewi were saying."Let's end this harshness ryte now.Follow the gud road wif both of us.Stop stealling n killing people.Or else,we call the police n captured u all here.What do u say?" Dewi said n asked for agreement.Glah n her gurls thinks for awhile.Then they agreed wif wat Dewi has said n they 'insaf'.Mimi gave the 15 hadrah back to them n started that day they were a team known as Asy-Syams.And till now they were still one gud team..

Oct 8, 2009

Majlis Perlembagaan 50 tahun (SMALHB)




gambar kenangan ketika berada di SMALHB

persembahan mantap daripada Asy-syams

Sep 20, 2009

'EID MUBARAK


SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR BATIN

daripada:
siti mimi fatini ramli
siti nurul hafizah hashim
siti zazilah hj jufri
nurul syahidah hj affandi
halimatul hazimah abd hamid
nurhamizah jasni
nurqamariah morni
hjh nurhazimah hj md yassin
siti hatizah hj mohd salihen
siti nor anis nadiah hj mohammad
siti nurul kamaliah hj abdullah
siti noor khaliesah hj abdullah
amalina badilah abd hamid
nadzirah nikman
siti hanisah mohd nurazman
hazwani ghani
siti norfazzimah
nor amal syahira

Aug 30, 2009

Adab Puasa dan Solat Tarawih



Setiap orang yang mengerjakan puasa perlu mematuhi beberapa peraturan dan adab yang boleh menyempurnakan ibadah tersebut. Antara yang terpenting adalah:

1. Menjaga lidah daripada berdusta, mengumpat dan mencampuri urusan orang lain yang tiada kena-mengena dengannya;

2. Memelihara mata dan telinga daripada melihat dan mendengar perkara yang dilarang oleh syarak dan yang sia-sia;

3. Mengawal perut daripada merasai makanan dan minuman yang haram atau yang mengandungi unsur syubhat terutama ketika berbuka dan berusaha sedaya mungkin untuk menghasilkan pemakanan yang halal lagi bersih.

Ulama silam pernah berpesan: “Apabila kamu berpuasa maka perhatikanlah apa yang akan dijadikan makanan berbukamu dan di manakah kamu akan berbuka?” Ia adalah panduan yang terbaik bagi mengawasi diri daripada terjebak dengan unsur-unsur makanan yang tidak halal;

4. Berusaha menjaga kesemua pancaindera dan anggota tubuh badan daripada mendekati atau melakukan maksiat dan perkara yang sia-sia. Dengan demikian ibadah puasanya akan suci dan sempurna. Terdapat ramai yang memenatkan diri dengan berlapar dan berdahaga, membiarkan diri terdorong kepada perlakuan dosa dan noda, kerana itu puasanya rosak binasa dan keletihannya tidaklah berbaloi sebagaimana maksud sabda Rasulullah s.a.w.: Ramai yang berpuasa tidak mendapat ganjaran daripada puasanya melainkan lapar dan dahaga. (Riwayat an-Nasaei)

Meninggalkan maksiat menjadi kewajipan kepada seluruh orang Islam sama ada mereka sedang berpuasa atau tidak. Apatah lagi bagi yang berpuasa, ia lebih dituntut dan diwajibkan. Sabda Rasulullah, Puasa itu adalah ‘perisai', sekiranya seseorang daripada kalangan kamu sedang berpuasa janganlah dia bercakap kotor, melakukan keburukan dan berbuat bodoh. Jika ada orang lain yang mengejinya atau cuba memeranginya maka hendaklah dia katakan kepada orang itu: “Saya sedang berpuasa.” (Riwayat Bukhari dan Muslim);

5. Jangan membanyakkan tidur pada siang harinya dan makan pada malamnya, bahkan bersederhanalah pada kedua-duanya bagi menyelami kejerihan lapar dan dahaga. Dengan demikian sanubarinya terkawal, keinginan nafsunya kurang dan hatinya ceria. Itulah rahsia dan intipati puasa yang perlu dicapai;

6. Jauhkan diri daripada mengikut dorongan nafsu ketika berbuka dengan beraneka jenis makanan yang lazat-lazat. Sebaik-baiknya adat makannya sama sahaja pada bulan puasa dan bulan-bulan yang lain. Penggemblengan diri dalam mengurangkan tuntutan jasmani dan keinginan perasaan memberikan kesan yang positif terhadap kecerahan hati nurani yang amat dituntut terutama pada bulan Ramadan.

Mereka yang menjadikan keinginan nafsu perut sebagai tunggangan akal ketika berbuka yang menyalahi kebiasaan pada bulan-bulan lain sebenarnya terpedaya dengan pujukan iblis. Rayuannya bertujuan menghilangkan barakah (berkat) ibadah puasa mereka, nikmat limpahan ketenangan daripada Allah s.w.t., kekhusyukan diri ketika bermunajat dan berzikir kepada-Nya.

Kenyang

Sepatutnya orang yang berpuasa mengurangkan kadar pemakanannya sehingga terserlah kesan puasa itu kepada dirinya. Kekenyangan adalah punca kelalaian, kealpaan, keras hati dan malas untuk taat kepada Allah s.w.t..

Sabdanya: Takungan jelek yang dipenuhkan oleh manusia adalah kantong perutnya, memadailah baginya beberapa suapan yang dapat meneguhkan tulang belakangnya. Jika dia enggan maka berikanlah sepertiga (bahagian perutnya) untuk makanan, sepertiga kedua untuk minuman dan sepertiga terakhir bagi pernafasannya. (Riwayat Ahmad dan at-Tarmizi)

Terdapat ulama yang mengungkapkan kata-kata berikut: “Sekiranya perutmu kenyang anggota-anggota lain akan lapar (akan menurut turutan nafsu) tetapi sekiranya perutmu lapar kesemua anggotamu akan kenyang.”

As-Salaf as-Soleh (mereka yang terdahulu) mengurangkan perkara kebiasaan dan dorongan diri serta memperbanyakkan amal ibadat pada bulan Ramadan secara khusus bahkan itulah adat mereka sepanjang masa;

7. Tidak menyibukkan diri dengan urusan duniawi pada bulan Ramadan, bahkan mengambil kesempatan bagi beribadat kepada Allah dan mengingati-Nya sebaik mungkin. Justeru, dia tidak melakukan perkara duniawi melainkan sekadar keperluan hariannya atau kepada mereka yang berada di bawah tanggungannya. Demikian yang selayaknya dilakukan pada bulan Ramadhan yang mulia ini sama seperti pada hari Jumaat yang sepatutnya dikhususkan bagi amalan akhirat;

8. Mempraktikkan amalan sunah seperti segera berbuka apabila masuk waktunya, berbuka dengan buah tamar (kurma) dan jika ia tiada memadailah dengan segelas air serta melambatkan makan sahur.

Nabi s.a.w. berbuka dahulu sebelum Baginda mengerjakan solat Maghrib. Sabda baginda: Umatku sentiasa berada dalam keadaan baik (berkat) selama mana mereka mempercepatkan berbuka (apabila masuk waktunya) dan melambatkan makan sahur. (Riwayat Bukhari dan Muslim);

9. Menyediakan makanan berbuka kepada orang yang berpuasa sekalipun dengan beberapa biji tamar atau segelas air. Sabda baginda s.a.w.: Sesiapa yang menyediakan makanan berbuka bagi orang yang berpuasa baginya ganjaran seumpama pahala orang yang berpuasa tanpa mengurangi sedikitpun pahalanya (orang yang berpuasa). (Riwayat al-Baihaqi dan Ibnu Khuzaimah)

10. Memenuhi malamnya dengan amalan sunat seperti solat terawih, witir dan sebagainya.

Adalah dinasihatkan kepada para imam supaya tidak mempercepatkan solat terawihnya seperti mana amalan kebiasaan di masjid dan surau.

Perbuatan tersebut menjejaskan mutu ibadat solat tersebut kerana meninggalkan ‘wajib-wajib' solat seperti meninggalkan tomakninah semasa rukuk dan sujud, mencacatkan bacaan al-Fatihah sebagaimana sepatutnya lantaran ingin kecepatan dalam mengejar waktu sehingga menyebabkan makmum di belakang tertinggal rukun-rukun penting dalam solatnya. Amalan terawih seperti itu adalah tidak sempurna dan berkurangan pahalanya.

Oleh itu berwaspadalah terhadap cara demikian dengan kembali mengamalkan ibadah solat seperti waktu-waktu lain, menyempurnakan kiam, bacaan al-Fatihah, rukuk, sujud, khusyuk, hadir hati dan semua peradaban solat dan rukunnya.

Bagi makmum pula disyorkan supaya sentiasa bersama imamnya sepanjang solat terawih itu sehinggalah selesai sama ada 20 rakaat ataupun lapan rakaat. Sabda Rasulullah s.a.w., Apabila seseorang menunaikan solat bersama imamnya sehinggalah imam itu (selesai dan) beredar, dikirakan untuknya (makmum) pahala kiam semalaman. (Riwayat an-Nasaei)