Jul 30, 2011

AKTIVITI 4

PERSEMBAHAN PENTAS PERAYAAN SEMPENA HARI KEPUTERAAN KDYMM KE-65


Isnin (25/7/2011), Asy-syams dijemput membuat 3 persembahan iaitu persembahan ;
-Hadrah-
-Dikir Syarafil Anam-
-Tausyeh-
Bertempat di hadapan Alat-alat Kebesaran Diraja.
Bermula selepas solat fardhu 'Isya.

Hadrah
Tausyeh
Dikir
Sampat b'gmbr sebelum perform.. hehe..
Sijil Penghargaan under nama sekolah =)

Jul 29, 2011

AKTIVITI 3

PERTANDINGAN AKHIR HADRAH ANTARA SEKOLAH-SEKOLAH MENENGAH DAN MAKTAB SENEGARA  KALI KE-29


7/7/2011 :
Pertandingan Akhir Hadrah Antara Sekolah-sekolah Menengah dan Maktab-maktab Senegara Negara Brunei Darussalam Ke-29 telahpun berlangsung di Dewan Sekolah Menengah Sayyidina Abu Bakar. Pertandingan yang dianjurkan oleh Jabatan Pendidikan Kokurikulum dan dikendalikan oleh SMSAB ini bertujuan untuk mempertahankan seni budaya kebruneian melalui aktiviti-aktiviti sekolah di samping meningkatkan semangat cintakan negara dengan penglibatan dalam kegiatan kesenian dan kebudayaan.
Hadir selaku tetamu kehormat majlis ialah Timbalan Setiausaha Tetap Kementerian Pembangunan, Awang Abdul Mutalib bin Pehin Orang Kaya Seri Setia Dato Paduka Haji Mohd. Yusof.
 Sebanyak 12 buah sekolah menengah dan maktab senegara mengikuti pertandingan hadrah pada tahun ini terdiri dari enam buah sekolah bagi setiap kategori.

KEPUTUSAN ;

(KATEGORI LELAKI)

JOHAN
SMPDSM

NAIB JOHAN
SMALHB

TEMPAT KETIGA
MAKTAB DULI

(KATEGORI PEREMPUAN)

JOHAN
SMALHB (ASY-SYAMS)

NAIB JOHAN
SUAMPRIPAD

TEMPAT KETIGA
SMSAB

Upacara penyampaian hadiah kepada pasukan-pasukan yang menang telah disempurnakan oleh tetamu kehormat majlis.

Alhamdulillah, dengan berkat dan izin-Nya jua Kumpulan ASY-SYAMS sekali lagi berjaya mendapat tempat pertama pada tahun ini, Tahun 2011M/1432H. Dengan ini, Alhamdulillah, tercapai lah sudah hasrat kami yang pertama iaitu untuk menjadi johan selama 3 tahun berturut-turut.

Dalam kesempatan ini kami ingin mengucapkan ribuan, jutaan, berjuta2 terima kasih kepada Tuan2 AN-NAJIHUN kerana telah banyak memberi tunjuk ajar kepada kami selama hampir 4 tahun.

Gambar Kenang-Kenangan
besiap2 *mcm pengantin dah tu hehehe*
on the way.. senyum eksen sj tu, kabak2 kali a~=s
3...4~ ALLAHU AKBAR!!
Top 3 Models (dari bawah plg tu) :p
 Doa - Tuan Hamzah Najihun
recall2 & mendangar nasihat
tuan2 Najihun yg turut hadir
memang mrace mua sorang2
menangis gembira~=")

Sekian dari kami, Wassalam =)


Teks : Asy-syams & blog suamp. Gambar : Facebook