Aug 10, 2010

Aug 7, 2010

Persembahan Pentas Sempena Sambutan Perayaan Puja Usia KDYMM Kali Ke 64 tahun

29 Julai 2010 - Berbagai acara telah diatur oleh pelbagai pihak dalam menyemarakkan lagi sambutan perayaan sempena hari puja usia KDYMM yang ke-64 pada tahun ini. Khamis lalu menyaksikan persembahan pentas keagamaan yang telah diungkayahkan oleh sekolah-sekolah arab, ugama dan juga vokasional.


Hadir selaku tetamu kehormat pada malam tersebut adalah Hj Idris Bin Hj Aji, Ketua Bahagian Pentadbiran Jabatan Pengajian Islam.Acara tersebut juga turut disaksikan oleh para pegawai kanan, pegawai-pegawai dan kakitangan JPI serta masyarakat awam.

Antara persembahan yang diadakan adalah seperti persembahan syair, tausyeh, nasyid, lakonan dalam bahasa arab, hadrah serta pantun.

Syair Arab

Syair English
Lakonan mantap dari Sekolah Persediaan Arab

Antara persembahan yang menarik perhatian para hadirin adalah persembahan seperti syair dalam bahasa arab dan juga inggeris, nyanyian lagu-lagu arab, dan juga hadrah yang dipersembahkan oleh para pelajar dari SUAMPRIPAD.

.
ASY-SYAMS


4 buah lagu telah dinyanyikan pada malam tersebut iaitu lagu ;

1- Raja Berdaulat ciptaan Ust Hj Ibrahim
2- Lagu Selawat
3 - Allahi Allah Kiya Karo
4 - Lagu Patriotik
disertai dengan gendang pembuka dan penutup serta gaya.

MANTAP ! !





Nanti mencuba cemani =p

Videos *saja2*



Pertandingan Hadrah Kali ke 27 (2009). Ini adalah penyertaan kali pertama dan alhamdulillah semuanya lancar



Year 2010 - Memeriahkan Hari Silaturrahmi dengan memperkenalkan tradisi kitani...



Year 2009 - Membuat Persembahan di pentas sekolah (as requested by others)



Persembahan lagu kahwin sempena perkahwinan salah seorang tenaga pengajar di sekolah