Jun 10, 2010

Majlis Perkahwinan

Nasrul & Ustazah Dk. Marlinah

*suami isteri bermuka jernih, bagaikan bulan dipagar bintang…*

-Pada hari Ahad, 6hb Jun 2010, telah berlangsung perkahwinan salah seorang mu’allimah kami iaitu : Ustazah Dk. Marlinah bersama suami tersayang : Nasrul. Yang mana Asy-syams dijemput untuk berhadrah dan bertausyeh bagi memeriahkan lagi majlis tersebut dan Alhamdulillah segalanya berjalan dengan lancar. Majlis diselajurkan dengan adat berbasuh kaki dan juga bersuap-suapan (Asy-syams iski ni~ haha. Tanang2 luu..)


*bersalaman setelah selesai acara bersuap-suapan*


*bergambar bersama students*

-Tahniah dan Selamat Pengantin Baru diucapkan kepada kedua pengantin. Kami doakan semoga berkekalan hingga ke akhir hayat. Amin~-

P/s : sorry gambar nya kabur, pakai hp saja tu. Hee.. and to Asy-Syams, kalau ada gambar kitani, saun2 sj k.. salam! =)



May 6, 2010


.
1 Mei 2010 - Pertandingan Akhir Hadrah antara maktab-maktab dan sekolah-sekolah menengah senegara kali ke-28 anjuran Jabatan Pendidikan Ko-Kurikulum Kementerian Pendidikan telah berlangsung di Dewan Sekolah Tinggi Perempuan Raja Isteri, Bandar Seri Begawan.
.


.
Hadir selaku tetamu kehormat dalam majlis tersebut adalah Pemangku Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka, Dyg Hjh Aminah Bte Hj Momin.
.

.
Sebanyak 12 buah pasukan telah bertandingan dalam 2 kategori yang dipertandingkan. Bagi kategori lelaki, pasukan yang telah layak ke pertandingan akhir adalah Sekolah Menengah Pehin Datu Seri Maharaja, Sekolah Menengah Rimba, Sekolah Menengah Sayyidina Abu Bakar, Maktab Duli Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, Sekolah Menengah Arab Laki-laki Hassanal Bolkiah dan Maktab Sultan Omar Ali Saifuddien.
.

.
Bagi kategori perempuan pula, antara pasukan yang layak ke pertandingan akhir adalah terdiri daripada SUAMPRIPAD, Sekolah Menengah Arab Laki-laki Hassanal Bolkiah, Sekolah Menengah Pengiran Anak Puteri Hajah Masna, Sekolah Menengah Menglait Gadong, Maktab Sains Paduka Seri Begawan Sultan dan pasukan tuan rumah iaitu Sekolah Tinggi Perempuan Raja Isteri.


..
Antara objektif utama pertandingan tersebut diadakan adalah bagi mengenal dan mendalami rasa cinta kepada seni kebudayaan terhadap permainan hadrah, memelihara dan mempertahankan seni permainan hadrah supaya sentiasa berkembang seiring dengan kemajuan sains dan teknologi dan juga bagi mencungkil bakat para pelajar dalam bidang kebudayaan khususnya seni permainan hadrah.


.
Johan bagi kategori lelaki telah disandang oleh pasukan daripada Sekolah Menengah Pehin Datu Seri Maharaja Mentiri, sekaligus mencatat sejarah sebagai juara bertahan selama 4 tahun berturut-turut. Naib johan pula telah disandang oleh pasukan dari SMALHB manakala tempat ketiga telah disandang oleh pasukan dari Sekolah Menengah Sayyidina Abu Bakar.
.

.
Bagi kategori perempuan pula, tempat pertama telah disandang oleh pasukan dari SUAMPRIPAD (terdiri daripada ahli Asy-Syams) sekaligus membuatkan pasukan ini mencatat kemenangan selama dua tahun berturut-turut sejak pertama kali menyertai pertandingan ini pada tahun lepas (2009). Naib johan kategori perempuan juga telah diraih oleh pasukan dari SMALHB manakala tempat ketiga pula disandang oleh pasukan tuan rumah.

.


.
Penyampaian hadiah dan cenderamata telah disempurnakan oleh tetamu kehormat majlis.
.

(Asy-Syams & An-Najwaa)
.
Dalam kesempatan ini, pihak sekolah ingin merakamkan setinggi-tinggi tahniah dan terima kasih kepada pasukan hadrah SUAMPRIPAD, tenaga pelatih hadrah dan kesemua pihak yang terlibat sehingga membolehkan pasukan sekolah meraih kejayaan tempat pertama dalam pertandingan tersebut. Semoga ianya menjadi dorongan bagi semua untuk meraih kejayaan-kejayaan dalam bidang-bidang yang lain.

*dari blogspot suamp*