Jun 10, 2010

Majlis Perkahwinan

Nasrul & Ustazah Dk. Marlinah

*suami isteri bermuka jernih, bagaikan bulan dipagar bintang…*

-Pada hari Ahad, 6hb Jun 2010, telah berlangsung perkahwinan salah seorang mu’allimah kami iaitu : Ustazah Dk. Marlinah bersama suami tersayang : Nasrul. Yang mana Asy-syams dijemput untuk berhadrah dan bertausyeh bagi memeriahkan lagi majlis tersebut dan Alhamdulillah segalanya berjalan dengan lancar. Majlis diselajurkan dengan adat berbasuh kaki dan juga bersuap-suapan (Asy-syams iski ni~ haha. Tanang2 luu..)


*bersalaman setelah selesai acara bersuap-suapan*


*bergambar bersama students*

-Tahniah dan Selamat Pengantin Baru diucapkan kepada kedua pengantin. Kami doakan semoga berkekalan hingga ke akhir hayat. Amin~-

P/s : sorry gambar nya kabur, pakai hp saja tu. Hee.. and to Asy-Syams, kalau ada gambar kitani, saun2 sj k.. salam! =)



May 6, 2010


.
1 Mei 2010 - Pertandingan Akhir Hadrah antara maktab-maktab dan sekolah-sekolah menengah senegara kali ke-28 anjuran Jabatan Pendidikan Ko-Kurikulum Kementerian Pendidikan telah berlangsung di Dewan Sekolah Tinggi Perempuan Raja Isteri, Bandar Seri Begawan.
.


.
Hadir selaku tetamu kehormat dalam majlis tersebut adalah Pemangku Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka, Dyg Hjh Aminah Bte Hj Momin.
.

.
Sebanyak 12 buah pasukan telah bertandingan dalam 2 kategori yang dipertandingkan. Bagi kategori lelaki, pasukan yang telah layak ke pertandingan akhir adalah Sekolah Menengah Pehin Datu Seri Maharaja, Sekolah Menengah Rimba, Sekolah Menengah Sayyidina Abu Bakar, Maktab Duli Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, Sekolah Menengah Arab Laki-laki Hassanal Bolkiah dan Maktab Sultan Omar Ali Saifuddien.
.

.
Bagi kategori perempuan pula, antara pasukan yang layak ke pertandingan akhir adalah terdiri daripada SUAMPRIPAD, Sekolah Menengah Arab Laki-laki Hassanal Bolkiah, Sekolah Menengah Pengiran Anak Puteri Hajah Masna, Sekolah Menengah Menglait Gadong, Maktab Sains Paduka Seri Begawan Sultan dan pasukan tuan rumah iaitu Sekolah Tinggi Perempuan Raja Isteri.


..
Antara objektif utama pertandingan tersebut diadakan adalah bagi mengenal dan mendalami rasa cinta kepada seni kebudayaan terhadap permainan hadrah, memelihara dan mempertahankan seni permainan hadrah supaya sentiasa berkembang seiring dengan kemajuan sains dan teknologi dan juga bagi mencungkil bakat para pelajar dalam bidang kebudayaan khususnya seni permainan hadrah.


.
Johan bagi kategori lelaki telah disandang oleh pasukan daripada Sekolah Menengah Pehin Datu Seri Maharaja Mentiri, sekaligus mencatat sejarah sebagai juara bertahan selama 4 tahun berturut-turut. Naib johan pula telah disandang oleh pasukan dari SMALHB manakala tempat ketiga telah disandang oleh pasukan dari Sekolah Menengah Sayyidina Abu Bakar.
.

.
Bagi kategori perempuan pula, tempat pertama telah disandang oleh pasukan dari SUAMPRIPAD (terdiri daripada ahli Asy-Syams) sekaligus membuatkan pasukan ini mencatat kemenangan selama dua tahun berturut-turut sejak pertama kali menyertai pertandingan ini pada tahun lepas (2009). Naib johan kategori perempuan juga telah diraih oleh pasukan dari SMALHB manakala tempat ketiga pula disandang oleh pasukan tuan rumah.

.


.
Penyampaian hadiah dan cenderamata telah disempurnakan oleh tetamu kehormat majlis.
.

(Asy-Syams & An-Najwaa)
.
Dalam kesempatan ini, pihak sekolah ingin merakamkan setinggi-tinggi tahniah dan terima kasih kepada pasukan hadrah SUAMPRIPAD, tenaga pelatih hadrah dan kesemua pihak yang terlibat sehingga membolehkan pasukan sekolah meraih kejayaan tempat pertama dalam pertandingan tersebut. Semoga ianya menjadi dorongan bagi semua untuk meraih kejayaan-kejayaan dalam bidang-bidang yang lain.

*dari blogspot suamp*

Apr 17, 2010


PERTANDINGAN HADRAH ANTARA SEKOLAH-SEKOLAH MENENGAH SENEGARA KALI KE-28 PERINGKAT SARINGAN

TARIKH : 14 HB APRIL (RABU)

TEMPAT : STPRI

KETIBAAN KAMI DI STPRI (TESTING2 POSE DULU HEHE...)

MENUNGGU GILIRAN..

BERSEDIA UNTUK MEMBUAT PERSEMBAHAN
ALHAMDULILLAH, SETELAH DI UMUKAN KAMI MASUK FINAL DENGAN MENDAPAT MARKAH SEBANYAK 262MARKAH DAN MENDAPAT JUARA DALAM PERTANDINGAN TERSEBUT, KAMI PUN BERBINCANG UNTUK PERSIAPAN PERINGKAT AKHIR NANTI.
SEKIAN , WASSALAM.


...DOAKAN KEJAYAAN KAMI SEMUA & TO ALL YANG IKUT SERTA...

...BITTAUFIQ WANNAJAAH / GOOD LUCK...

...BERJUANG SAMA2, LILLAHI TA'ALAA...

=)

Mar 22, 2010

HADRAH - USTAZAH HAJAH NORJAINAH
17HB JANUARI 2010

smileeee =D


SELAMAT PENGANTIN BARU~
SELAMAT BERBAHGIA~
SELAMAT KE ANAK CUCU~
SELAMAT SEJAHTERA~~ =D

-kan cerita lah sdikit, ustzh hjh norjainah ani dulu pernah menjadi guru besar skulah kami (sekolah persediaan arab). ustzah hjh norjainah banyak menolong kami dalam apa2 saja perkara especially hal2 ugama dan pelajaran lah tu aa. Ustzah ani jua lah yg banyak membagi kami semangat. Dulu ustzh ani single, hehe. tapi atu dulu, skarang sudah brubah & alhamdulillah ustzh sudah pun melangsungkan perkahwinan nya..-

KENANGAN TERINDAH =D


.
7 Mei 2009 - Pertandingan Hadrah Peringkat Akhir bagi Maktab-maktab dan Sekolah-sekolah Senegara Kali Ke-27 telah berlangsung di dewan Sekolah Menengah Pehin Dato Seri Maharaja Menteri yang menyaksikan sebanyak 10 pasukan yang telah berjaya mara ke peringkat ini bertanding dalam 2 kategori. Pertandingan pada kali ini adalah anjuran jabatan pendidikan KoKurikulum Kementerian Pendidikan dan diselenggarakan oleh pihak tuan rumah iaitu Sekolah Pehin Dato Seri Maharaja Menteri.
.
.
Setelah menyampaikan ucapan, pertandingan tersebut pun dirasmikan oleh tetamu kehormat majlis iaitu yang Mulia Hj Mohd Zin Bin Hj Salleh, Timbalan Setiausaha Tetap di kementerian Pembangunan.
.
.
Hasil keputusan pertandingan pada hari tersebut telah menyaksikan pasukan tuan rumah telah menyandang gelaran juara bagi kategori lelaki sementara naib juara disandang oelh pasukan dari SMALHB dan Maktab Sultan Omar Ali Saifuddin di tempat ketiga.
.

Bagi kategori perempuan pula, gelaran juara telah disandang oleh pasukan dari SUAMPRIPAD (Asy-syams) dengan diikuti oleh pasukan SMALHB di tempat kedua dan pasukan tuan rumah di tempat ketiga.

.
Dalam kesempatan ini, warga sekolah ingin mengucapkan syabas dan tahniah kepada Kumpulan As-Syams yang mewakili SUAMPRIPAD dalam pertandingan tersebut atas kejayaan yang dikecapi dan semoga terus berusaha mengharumkan nama sekolah dipersada seni permainan hadrah.
.
.
..
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
..
.
.
.
.
.

Pertandingan Hadrah Peringkat Saringan Antara Sekolah-sekolah Menengah & Maktab-maktab Kali Ke 27


.
16 Mac 2009 - Sekolah Menengah Pehin Datu seri Maharaja Mentiri telah menjadi tuan rumah bagi Pertandingan Hadrah Peringkat Saringan Antara Sekolah-sekolah Menengah & Maktab-maktab Kali Ke 27 bagi tahun 1430H/2009M yang telah berlangsung pada tarikh yang dinyatakan.
.
.
Sebanyak 16 pasukan dari berbagai sekolah telah ikut bertanding dalam kategori lelaki, manakala 9 pasukan telah turut bertanding dalam kategori perempuan. Penyertaan SUAMPRIPAD dalam pertandingan sebegini adalah penyertaan kali pertama yang mana ianya diwakili oleh Kumpulan Asy-Syams, salah satu dari dua kumpulan Kelab Hadrah SUAMPRIPAD .
.
.
Acara pada hari tersebut dimulakan dengan bacaan Al-Fatihah beramai-ramai dan seterusnya ucapan alu-aluan dari pengetua sekolah tuan rumah. Pasukan lelaki telah bertanding di dewan serbaguna manakala pasukan perempuan bertanding di surau sekolah berkenaan.
.
.
Setelah semua pasukan mempamerkan persembahan masing-masing, hasil keputusan penilaian hakim telah menetapkan sebanyak 10 pasukan (termasuk pasukan tuan rumah ) telah berjaya melayakkan diri ke pusingan akhir. Antara pasukan perempuan yang berjaya ke peringkat akhir nanti adalah SUAMPRIPAD, SMALHB, Sekolah Menengah Menglait, Maktab Sains Paduka Seri Begawan Sultan dan Sekolah Menengah Pehin Datu seri Maharaja Mentiri.
.
.
Manakala pasukan lelaki yang layak ke peringkat akhir pula adalah pasukan SMALHB, Maktab Sains Paduka Seri Begawan Sultan, Maktab Sultan Omar Ali Saifuddin, Sekolah Menengah Masin dan juga Sekolah Menengah Sayyidina Abu Bakar.
.
Pusingan akhir pertandingan ini akan berlangsung pada bulan Mei nanti.
.


Mar 13, 2010

~MEMPERBANYAKKAN NASYID DAN TAUSYEH

tempat: RIZQUN HOTEL
tarikh: 21 march 2010

sesungguhnya kini telah di umumkan bahawa telah terpilih 10 ORANG sahaja bagi jemputan yang akan datang ini...diharap kepada semua ahli bawa bersabar..kerana keputusan ini telah dibuat oleh panel hakim yang bijaksana...identiti para hakim adalah disembunyikan kerana telah datang seorang budak kecil meminta kebenaran untuk makan 'maggi goreng'

nama-nama yang terlibat:
-mimi
-mel
-kell
-jill
-metz
-sasya
-anis
-ka gmah
-bulan
-dewi

nantikan makluman yg akan datang!!
JEMPUTAN TAUSYEH

Tempat: PUSAT PERSIDANGAN ANTARABANGSA, BERAKAS
Tarikh: 14 march 2010