Alhamdulilah. pada 17hb november 2012 yg lalu,kumpulan ini telah menyambut hari ulang tahun penubuhannya yang kelima. Tahniah diucapkan kepada semua ahli telah berjaya sampai ke tahap ini. teruskan perjuangan dan tetapkan matlamat dari masa ke semasa.
Tidak lupa diucapkan terima kasih kepada semua guru-guru yg telah mendidik ahli-ahli kumpulan ini dalam bertausyeh,mengalun irama,berdikir,bermain hadrah dan sebagainya dari mulanya kumpulan ini ditubuhkan. Hanya Allah saja yg dapat membalas segala jasa dan bakti abiskita semua. terima kasih juga diucapkan kepada semua pihak yg pernah terlibat dgn kumpulan ini.
Kepada semua ahli kumpulan Asy-Syams, ingatlah matlamat,ingatlah tujuan kumpulan ini ditubuhkan. tahniah juga diucapkan kerana telah bersama-sama menaikkan nama dan martabat anda dalam satu kumpulan selama 5 tahun tanpa mengira usia,nama,pangkat dan penat lelah abiskita semua. teruskan perjuangan. Moga lebih terus maju dan berjaya hingga ke masa akan datang. insyallah. amin ya rabbal alamin.
Kullu 'am wa antum bikhair. Aqulu qauli haza,wastaghfirullahi walakum.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh
nukilan , 86 :)