Jun 25, 2011

AKTIVITI 2

PERTANDINGAN HADRAH ANTARA SEKOLAH-SEKOLAH MENENGAH DAN MAKTAB SENEGARA  KALI KE-29 PERINGKAT SARINGAN

3/5/2011 :
 Pertandingan Hadrah Antara Maktab-maktab dan Sekolah-sekolah Menengah Senegara Kali Ke-29 anjuran Jabatan Pendidikan Ko-Kurikulum Kementerian Pendidikan telah berlangsung di Dewan Sekolah Menengah Sayyidina Abu Bakar.

Penyertaan ASY-SYAMS dalam pertandingan ini adalah penyertaan kali ketiga dan pada tahun ini kami mewakili Sekolah Menengah Arab Laki-laki Hassanal Bolkiah.


Hasil keputusan, hakim telah menetapkan sebanyak 10 pasukan (termasuk pasukan tuan rumah) telah berjaya melayakkan diri ke pusingan akhir nanti. 

Alhamdulillah, berkat DOAAL-WIHDAH (kerjasama/kesefahaman antara satu sama lain), Tips-tips dan nasihat dari tuan-tuan AN-NAJIHUN dan dengan markah sebanyak 90.75%ASY-SYAMS sekali lagi berjaya memasuki peringkat akhir pada tahun ini. Begitu juga PTE, Maktab Duli, Sekolah Menengah Pehin Datu seri Maharaja Mentiri, SUAMPRIPAD dan SMSAB. Masing-masing berjaya melayakkan diri ke pusingan akhir.
*kabak2*
*pasukan lelaki*
*bacaan doa - ust. Zaghloul*
*quick recall*
*ALLAHU AKBAR!*
*sampai dah.... DUP DAP DUP DAP!!!*
*sebelum masuk. pucat mua sorang2. hehehe*
*Senyum, tak perlu kata apa-apa~ =D*

Ribuan terima kasih kami ucapkan kepada yang mengajar dan menyokong kami terutamanya pihak sekolah. Doakan kejayaan kami untuk pertandingan akhir yang akan diadakan pada 7hb Julai ini nanti.