Nov 8, 2011
Pengumuman
INFO UNTUK JEMPUTAN AKAN DATANG
Jumaat 11/11/2011
- Hadrah & Tausyeh-
Kumpul di Bridex jam 1.00-1.30ptg
Baju MAROON
Sekian, Harap Maklum.
Nov 6, 2011
مَرْحَبًا بِعِيدِ الْأَضْحَى
كُلُّ عَام وَ أَنْتُمْ بِأَلْفِ خَيْرِ
Saat berderai jatuh titisan air mata Nabi Ibrahim, melihatkan keteguhan iman anaknya Nabi Ismail dikala itulah bermulanya sejarah agung erti sebuah pengorbanan.
Salam 'Aidiladha dari kami Asy-syams, Mohon maaf Zahiriah dan Batiniah.
Nov 5, 2011
Penukaran Kiswah Ka'bah
Kiswah adalah kain yang menutupi Kaabah di Mekah, Arab Saudi. Ia diganti setiap tahun pada hari ke-9 bulan Zulhijjah, pada hari jemaah berangkat ke Arafah pada musim haji.
Setiap tahun Kiswah lama dibuka, kemudian digunting kepada kepingan2 kecil dan diberikan kepada individu tertentu, para pelawat dari kalangan orang2 kenamaan dan pertubuhan-pertubuhan Islam asing. Sesetengah daripada mereka menjualnya sebagai cenderamata musim Haji.
Kos menyiapkan kiswah masakini sekitar SR 17 juta. Kain tudung Kaabah ini berukuran 658m2 dan dibuat dari 670kg sutera. Sulaman yang mengandungi 15kg benang emas. Ia terdiri daripada 47 keping kain dan setiap helai berukuran 14m panjang dan 101cm lebar. Kiswah dibalut di sekeliling Kaabah dan di perkemaskan ke lantai dengan gelang2 tembaga. Ayat-ayat Al-Quran sulaman tangan secara perlahan-lahan kini dibantu oleh komputer, mempercepat proses menyiapkannya.
Kain kiswah memiliki keunikan dan keunggulan tersendiri. Pintalan-pintalan benang berwarna emas maupun perak bersatu padu merangkai goresan kalam Ilahi. kiswah menjadi sangat berharga, bukan hanya karena firman-firman Allah SWT yang suci yang dipintal pada kiswah, tetapi juga karena keindahan dan eksotisme pintalan benang berwarna emas dan perak pada permukaannya. Perpaduan warna emas dan perak pada kaligrafi yang menghiasi kiswah tersebut memiliki nilai seni yang luar biasa. Sebab pembuatannya membutuhkan skill dan bakat yang luar biasa karena tidak semua orang mampu membuat seni seindah itu. Kiswah merupakan simbol kekuatan, kesederhanaan, juga keagungan.
Nov 4, 2011
Aug 18, 2011
Aug 13, 2011
Aktiviti di Bulan Ramadhan
Sungkai Bersama Asy-syams
Tarikh : 12hb Ogos 2011
Hari : Jumaat
Tempat : Wecan, Gadong
jalan2 cari kain
arrived @ wecan
Dimulakan dgn Surah Al-Faatihah
Tazkirah sebelum berbuka
Panuh mija~
Alhamdulillah.. Majlis berjalan dengan lancar.. Meriah suasana di wecan.. Hehe..
-Sekian, Wassalam-
Jul 30, 2011
AKTIVITI 4
PERSEMBAHAN PENTAS PERAYAAN SEMPENA HARI KEPUTERAAN KDYMM KE-65
Isnin (25/7/2011), Asy-syams dijemput membuat 3 persembahan iaitu persembahan ;
-Hadrah-
-Dikir Syarafil Anam-
-Tausyeh-
Bertempat di hadapan Alat-alat Kebesaran Diraja.
Bermula selepas solat fardhu 'Isya.
Hadrah
Tausyeh
Dikir
Sampat b'gmbr sebelum perform.. hehe..
Sijil Penghargaan under nama sekolah =)
Jul 29, 2011
AKTIVITI 3
PERTANDINGAN AKHIR HADRAH ANTARA SEKOLAH-SEKOLAH MENENGAH DAN MAKTAB SENEGARA KALI KE-29
7/7/2011 :
Pertandingan Akhir Hadrah Antara Sekolah-sekolah Menengah dan Maktab-maktab Senegara Negara Brunei Darussalam Ke-29 telahpun berlangsung di Dewan Sekolah Menengah Sayyidina Abu Bakar. Pertandingan yang dianjurkan oleh Jabatan Pendidikan Kokurikulum dan dikendalikan oleh SMSAB ini bertujuan untuk mempertahankan seni budaya kebruneian melalui aktiviti-aktiviti sekolah di samping meningkatkan semangat cintakan negara dengan penglibatan dalam kegiatan kesenian dan kebudayaan.
Hadir selaku tetamu kehormat majlis ialah Timbalan Setiausaha Tetap Kementerian Pembangunan, Awang Abdul Mutalib bin Pehin Orang Kaya Seri Setia Dato Paduka Haji Mohd. Yusof.
Sebanyak 12 buah sekolah menengah dan maktab senegara mengikuti pertandingan hadrah pada tahun ini terdiri dari enam buah sekolah bagi setiap kategori.
KEPUTUSAN ;
(KATEGORI LELAKI)
JOHAN
SMPDSM
NAIB JOHAN
SMALHB
TEMPAT KETIGA
MAKTAB DULI
(KATEGORI PEREMPUAN)
JOHAN
SMALHB (ASY-SYAMS)
NAIB JOHAN
SUAMPRIPAD
TEMPAT KETIGA
SMSAB
Upacara penyampaian hadiah kepada pasukan-pasukan yang menang telah disempurnakan oleh tetamu kehormat majlis.
Alhamdulillah, dengan berkat dan izin-Nya jua Kumpulan ASY-SYAMS sekali lagi berjaya mendapat tempat pertama pada tahun ini, Tahun 2011M/1432H. Dengan ini, Alhamdulillah, tercapai lah sudah hasrat kami yang pertama iaitu untuk menjadi johan selama 3 tahun berturut-turut.
Dalam kesempatan ini kami ingin mengucapkan ribuan, jutaan, berjuta2 terima kasih kepada Tuan2 AN-NAJIHUN kerana telah banyak memberi tunjuk ajar kepada kami selama hampir 4 tahun.
Gambar Kenang-Kenangan
besiap2 *mcm pengantin dah tu hehehe*
on the way.. senyum eksen sj tu, kabak2 kali a~=s
3...4~ ALLAHU AKBAR!!
Top 3 Models (dari bawah plg tu) :p
Doa - Tuan Hamzah Najihun
recall2 & mendangar nasihat
tuan2 Najihun yg turut hadir
memang mrace mua sorang2
menangis gembira~=")
Sekian dari kami, Wassalam =)
Teks : Asy-syams & blog suamp. Gambar : Facebook
Teks : Asy-syams & blog suamp. Gambar : Facebook
Subscribe to:
Posts (Atom)